Thursday, September 3, 2009

Selamat Berpuasa

Hari ni sudah pun masuk hari ke 13 kita umat islam berpuasa. Sama seperti di Malaysia aku menjalani ibadah puasa bagi kali ke 3 di rantau orang jauh dari isteri dan anak-anak yg disayangi. Apa pun menjelang lebaran aku akan kembali ke tanah air untuk sama-sama merayakan hari yg mulia ini bersama keluarga tercinta. Saat yg paling sukar berpuasa di Iran ialah bila tiba waktu untuk berbuka dan bersahur. Selama ini setiap kali waktu berbuka atau bersahur, isteriku akan menyediakan juadah yg enak-enak tapi di sini aku sendirian. Sayu rasanya bila berbuka sendiri. Pernah aku cuma berbuka dengan segelas air sejuk sahaja. Di Iran mana ada bazar ramadan jauh sekali juadah atau kuih yg enak-enak macam di Malaysia. Satu perkara yg aku perhatikan di Iran ini ialah sambutan ramadan sangat hambar kerana majoriti orang Iran memang tidak berpuasa kerana pada pandangan mereka puasa itu satu yg membebankan. Aku pun pening memikirkan tentang mazhab shiah ini. Mereka lebih merayakan tahun baru Iran yg dinamakan Nowrooz daripada sambutan Aidil Fitri. Mengikut kata seorang teman aku orang Indonesia yg menuntut di Universiti Tehran, hanya 25% penduduk Iran yg berpuasa manakala selebihnya memang tak pernah puasa. Bayangkan dari 70 juta penduduk Iran hanya 25% sahaja yg berpuasa. Patut ler dalam hati aku berkata negara ni memang banyak musibah yg menimpa. Sama-sama kita fikirkan. Selamat berpuasa. Marhaban Ya Ramadan.

Sunday, October 26, 2008

Kemunculan Pertama

Assalamualaikum semua, akhirnya saya dapat juga mempunyai laman blog sendiri setelah agak lama 'meninjau' laman blog orang lain. Laman blog ni saya 'create' khas buat isteri dan anak-anak tercinta dan tersayang yang berada jauh beribu km di Malaysia. Apapun oleh kerana masih baru dan 'hijau' didalam bidang ini, jika ada salah dan silap, biasa le ye.
Salam.